Monday, July 1, 2019
Toyota Avanza (2019) Ala Vellfire, Harga Bermula RM80,888 - RM87,888
Tu dia, depan dah macam ala-ala Toyota Vellfire dah. Memang tak silap la orang panggil Toyota Avanza (2019) ni Mini Vellfire.
Cuma enjin masih sama. Toyota Avanza (2019) hadir dengan enjin 4-silinder 1.5L DOHC dengan teknologi Dual VVT-i berkuasa 103hp dan tork 136Nm. Ya, ia berkongsi enjin sama seperti Perodua Myvi dan Toyota Rush.
Hantaran kuasa ke roda pula disalurkan menerusi transmisi automatik 4-kelajuan dan tiada lagi versi manual ditawarkan pada Toyota Avanza (2019).
Macam mana, merecik tak Toyota Avanza (2019)? Bagi anda yang sedang tercari-cari MPV 7 kerusi pada harga bawah RM100,000, Toyota Avanza (2019) mungkin boleh dijadikan pilihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment