KANCIL 1994-2009
Perodua Kancil (dikenali sebagai Perodua Nippa di pasaran United Kingdom dan Daihatsu Ceria di pasaran Indonesia) merupakan sebuah kereta kecil yang pertama dikeluarkan oleh PERODUA.
Perodua Kancil merupakan kereta pertama PERODUA sejak dilancarkan pada 1994. Ia mempunyai 4 pintu dengan keluasan 5 tempat duduk. Perodua Kancil ke-50,000 dilancarkan pada 1996. Perodua Kancil ke 100,000 dilancarkan pada 1997. Perodua Kancil ke 250,000 dilancarkan pada tahun 1999. Tetapi, penjualan Perodua Kancil berhenti pada tahun 2009 dengan penjualan sebanyak 722,223 buah, dan ia telah bertukar kepada Perodua Kelisa.
Perodua Kancil merupakan model paling popular terutama kepada pemandu baru dan wanita serta paling banyak digunakan oleh sekolah memandu. Ia kecil, kompak dan menjimatkan dari segi bahan api.
Kancil mempunyai 3 model berbeza :
- Kancil 660EX – enjin 3 silinder sebaris 659cc menggunakan karburator, berkuasa 31hp (22.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper hitam serta jalur pintu.
- Kancil 850EX – enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan karburator, berkuasa 37hp (27.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.
- Kancil 850Ezi – enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan suntikan bahan api, berkuasa 50hp (36.7 kW), transmisi automatik 3 kejaluan, bumper berwarna serta jalur pintu.
RUSA 1996
Perodua Rusa ialah sebuah mikrovan dan MPV pertama Perodua. Rekaannya diambil dari model Daihatsu Zebra dan Daihatsu Hijet Maxx. Perlancaran pertama pada tahun 1996 Perodua Rusa 1.3CX , model biasa 2 tempat duduk enjim 1.3 liter. Pada tahun 1997, dilancarkan Perodua Rusa 1.3GX 7 tempat duduk enjin 1.6 liter.
Nama Perodua Rusa berasal daripada nama seekor binatang yang mempunyai tanduk bercadang. Sebelum digantikan dengan lambang Perodua. Lambang asal van ini adalah gambar rusa melompat. Selepas itu, Perodua Rusa dikeluarkan lagi dengan versi facelift dimana terdapat perubahan pada grill, rim baru dan lampu belakang yang diletakkan “reflecting tape”.
KEMBARA 1998-2008
Perodua Kembara merupakan kereta pacuan empat roda (ASR) berasaskan model Daihatsu Terios. Ia dikuasakan enjin 1.3 liter dan transmisi manual 5 kelajuan, automatik 4 kelajuan Pacuan Empat Roda Sepenuh Masa (AWD). Pada tahun 2003 model ini dilengkapi sistem DVVT. Produksi model ini berakhir pada tahun 2008 dan digantikan dengan Perodua Nautica yang juga berasaskan model Daihatsu Terios yang terbaru.
KENARI 2000
Perodua Kenari merupakan kereta keempat keluaran Perodua. Ia merupakan sebuah kenderaan MPV dengan 5 tampat duduk. Perodua Kenari mempunyai enjin 989CC, 3 silinder dan mampu mencappai kelajuan sehingga 88mph. mengambil rekaan daripada model Daihatsu Move L900.
Pada tahun 2003, Perodua Kenari facelift dilancarkan dengan lampu depan berkembar yang ternyata lebih menarik dan bergaya.
Pada tahun 2004, versi Aerosport dengan rupa bentuk sporty dan dihiasi bodykit penuh dilancarkan. Lampu belakang model itu juga diubah kepada rekaan baru yang lebih menawan. Walaupun enjin masih dikekalkan, bahagian dalaman dan luaran versi facelift Aerosport ini diakuai antara paling menarik dan sporty.
Pada tahun 2007 pula keluar versi Perodua Kenari RS yang menampakkan perubahan pada bahagian bumper hdapan dan kedudukan lampu lebih menarik dari model asalnya di Jepun iaitu Daihatsu Move Custom. Versi RS tampil dengan lebih sporty di mana bumper depan dan belakang adalah berbeza dari model sebelumnya dan bahagian depannya dilengkapkan dengan empat buah lampu. Model RS hanya tersedia transmisi automatik sahaja.
KELISA 2001-2007
Perodua Kelisa merupakan kereta kompak based pada Daihatsu Mira fifth-generation dari model Daihatsu Mira L700 Coure. Peroda Kelisa dilancarkan oleh Perodua pada tahun 2001 dan pengeluarannya berakhir pada tahun 2007.
Enjin bersesaran 1.0 liter juga tangkas ketika dipandu serta mampu memecut sehingga 160km/j. varian 850cc juga terdapat pada Perodua Kelisa namun kurang mendapat sambutan. Antara yang sering menjadi sebutan tentang kelebihan Perodua Kelisa ialah penggunaan petrolnya yang dikatan cukup menjimatkan. Rata-rata pemilik Kelisa memuji kenderaan mereka yang menjimatkan minyak.
Perodua Kelisa diakui sebagai sebuah model yang tahan lasak dan kurang memberikan masalah kepada pemiliknya. Kos penyelenggaraan Perodua Kelisa juga rendah dan kereta ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajer kecil. Pada tahun 2005 Perodua Kelisa telah membuat penambahbaikan pada bahagian grill hadapan, bumper dan sedikit pada bahagian lampu signal yang lebih menarik menerusi Perodua Kelisa SE.
MyVi 2005-kini
Perodua Myvi ialah model kereta hatchback supermini/subpadat buatan pengilang kereta Malaysia, Perodua sejak tahun 2005. Perodua Myvi yang berasaskan Daihatsu Sirion/Boon generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dnegan Toyota dan Daihatsu. Myvi merupakan kereta yang terlaris sejak 5 tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2014 di Malaysia.
VIVA 2007-2014
Perodua Viva telah dilancarkan pada 10 Mei 2007. Asalnya dirancang sebagai pengganti Perodua Kancil dan Perodua Kelisa, kereta kompak ini cuma dipasarkan untuk menggantikan Perodua Kelisa sahaja, manakal Perodua Kancil akan terus dijual. Perodua Viva ini direka berdasarkan generasi keenam Daihatsu Mira. Semua versi enjin yang digunakan – 660cc, 850cc,1,000cc – menggunakan enjin DVVT Daihatsu.
‘Viva’ merupakan istilah bahasa Latin yang bermakna ‘Untuk Hidup’ dan ia sering menjadi ungkapan penghormatan yang juga bermakna ‘Selamat Panjang Umur’. Model Viva adalah pengganti kepada model popular Perodua iaitu Kelisa. Harga atas jalan Viva ialah antara RM28,400 sehingga RM43,800 sebuah dan ditawarkan dengan lima pilihan warna. Isian penuh tangki kenderaan boleh memuatkan 36 liter petrol.
Bagi kereta dengan keupayaan enjin 600cc dan 850cc, Viva menggunakan sistem transmisi manual lima kelajuan. Kereta dengan enjin 1000cc pula dibahagiakn kepada dua iaitu “Standard” dan “Premium”. Bagi Standard SX dan Premium Sxi, ia menggunakan transmisi manual lima kelajuan. Transmisi automatik empat kelajuan pula boleh didapati pada model Standard EZ dan Premium Ezi.
Viva menggunakan enjin tiga silinder dan 12 injap yang dipertingkatkan dengan teknologi pemasaan enjin berjujukan injap dinamik (DVVT), aci sesondol atas kembar (DOHC) dan sistem minyak suntikan bahan api elektronik (EFI). Elemen EFI itu merupakan yang pertama seumpanya dipasang pada kereta enjin 660cc dan 850cc dalam mana-mana model perodua.
Nautica 2008
Perodua Nautica ialah sebuah kereta pacuan empat roda/SUV mini. Kereta ini menggunakan enjin jenis 3SZ-VE yang menggunakan empat silinder dan sistem suntikan bahan api (EFI).
Kereta ini merupakan kereta Perodua yang termahal berbanding dengan model yang lain (berharga RM89,000 termasuk insurans) memandangkan bahagian-bahagian kereta dan ia sendiri datang serta dibuat di Jepun. Ia dengan itu dikenakan duti import.
Kereta ini sebenarnya merupakan Daihatsu Terios generasi kedua yang beberapa bahagiannya dibuat dan dipasang di Malaysia.
ALZA 2009- Kini
Perodua Alza merupakan MPV kompak yang dihasilkan oleh Perodua. Perodua menekankkan Alza menjadi kereta pilihan bagi keluarga muda dengan anak-anak. Hal ini diadaptasi daripada Daihatsu Boon dan Toyota Passo Luminas Sette, melainkan menggunakan de-tuned 1.5 liter Toyota Avanza dan Daihatsu Terios. Alza berasal dari perkataan Sepanyol yang bermaksud ‘bangkit’.
Perodua Alza merupakan MPV yang paling jimat penggunaan bahan api setakat ini berbanding dengan MPV model lain. Ianya juga sesuai digunakan seharian kerana saiznya yang tidak begitu besar. Walau bagaimanapun Perodua Alza masih sesuai untuk perjalanan jarak jauh kerana keselesaan tempat duduknya. Walaupun menggunakan enjin berkapasiti 1.5 liter Perodua Alza masih mampu membawa penumpang yang ramai berbanding MPV yang lain.
AXIA 2014-Kini
Perodua Axia adalah kereta kompak yang terbaru dalam keluarga Perodua. Ia merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama Malaysia dan telah dilancarkan pada 15 September 2014. Nama ‘Axia’ disebuat dengan bunyi ‘azia’ (a-zee-a) berasal dari perkataan Asia. Hurruf ‘X’ dalam perkataan ‘Axia’ juga mewakili bilangan 10 mengikut nombor roman, menunjukkan Axia adalah model perodua yang ke-10.
BEZZA 2016
Perodua Bezza merupakan kereta sedan empat pintu yang pertama dihasilkan oleh syarikat PERODUA. Ia telah dilancarkan pada 21 Julai 2016 sebagai rakan sedan kepada Perodua Axia. Perodua Bezza merupakan model kedua untuk kemunculan sulung dari kilang kedua serba baru Perodua di Rawang Selangor.
No comments:
Post a Comment